SMK Taman Tun Dr Ismail telah menghantar 2 pasukan Frisbee lelaki dan perempuan dalam pertandingan 1M1S Ultimate Frisbee peringkat JPWPKl yang berlangsung di Stadium Mini Seri Permaisuri. Alhamdulillah pasukan Frisbee perempuan menjadi Naib Johan dalam Kejohanan ini. Kejayaan lebih manis apabila Nur Iman Airin (2 Hazen) dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) dan Nur Athilia Wahida (2 Hazen) dinobatkan sebagai Top Scorer.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah khususnya Tuan Pengetua, yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Frisbee sekolah. Terima kasih juga kepada Pn Zurina, PK KO kerana sudi berada bersama-sama dengan pasukan Frisbee pada perlawanan akhir. Sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak sekolah menjadi suntikan semangat kepada para pemain untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG atas sumbangan makanan kepada pasukan Frisbee. Sumbangan ini amat bermakna kerana bukan sahaja membantu dari segi keperluan pasukan, malah menjadi tanda keprihatinan serta kebersamaan dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah.

Semoga segala jasa baik dan sokongan ini diberkati Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan Frisbee pada masa akan datang.