Pasukan koir, The Voice of Crescendo (The VOC Choir) mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih emas di pertandingan koir antarabangsa, Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) – International Choir Festival (ICF) 2026 yang berlangsung pada 19-23 Ogos.

The VOC Choir yang juga mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail dibarisi 30 murid berusia 13 hingga 17 tahun, berjaya meraih emas kategori A3 Teenage dengan markah 87.08.

Dipimpin konduktor yang juga Ketua Panitia Pendidikan Muzik SMK TTDI, Mohamad Firas Rus Bakarurraini, The VOC Choir berjaya memukau juri dengan lantunan dua gubahan lagu, Cikala Leng Pong Pong dan Dance the Night yang juga hit popular bagi filem ‘Barbie’.