Program penggalakan sukan melalui program 1Murid 1Sukan – SUKAN TARIAN pada kali ini membuka ruang kepada murid-murid yang tidak berpeluang untuk menyertai 24 jenis sukan yang lain. Guru juga turut dibimbing bagi memastikan sukan ini terus berkembang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 100 orang murid. Guru-guru dan murid-murid yang berminat tidak perlu hebat menari kerana semua peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah. Seorang guru boleh membawa maksimum empat (4) orang murid sekolah masing-masing. Jom kita sertai! From ZERO to HERO!

No Comments Yet