AKTIVITI
AKTIVITI-AKTIVITI DI BAWAH
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH – BENCI DADAH
PERTANDINGAN PERMAINAN ANTARA KELAS
Untuk mencapai objektif memajukan aktiviti-aktiviti kecergasan sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar-pelajar sukan dalam program ini diperbanyakkan seperti mengadakan pertandingan sukan antara kelas. Adalah dicadangkan dalam tempoh program, pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan 3 jenis permainan antara kelas.

VIDEO ANTI DADAH
Untuk mendorongkan aktiviti kecergasan dalam kalangan para remaja.
Video ini akan ditayangkan di televisyen atau menggunakan komputer untuk memberi pendedahan tentang najis dadah.

KELAB PPDa LENCANA ANTI DADAH
Kelab PPDa lencana anti dadah untuk membolehkan mereka, ahli serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pencegahan dadah di sekolah.
Ia juga bertujuan agar ahli-ahli kelab meningkatkan kemahiran kepimpinan serta coping skills mereka. Pelaksanaan kelab ppda kencana anti dadah ini adalah serupa denagn kelab-kelab atau persatuan-persatuan lain di sekolah.

COACHING CLINICS
Coaching clinics’ diadakan untuk menggalakkan pejar-pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan dalam masa lapang mereka.
Bekas pemain-pemain/ jurulatih bola sepak , hoki, squash, tenis atau badinton di peringkat negeri/negara boleh dijemput untuk mengendalikan aktiviti ini.

PERTANDINGAN KUIZ PENCEGAHAN DADAH ANTARA KELAS
Kuiz pencegahan dadah antara kelas untuk menilai tahap kesedaran dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai dadah serta memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan.
Kuiz pencegahan dadah antara kelas akan diadakan secara berpasukan di mana terdapat empat orang pelajar dalam setiap pasukan.
Pihak penganjur akan menyediakan hadiah bagi johan dan naib johan untuk setiap tingkatan.
Cara pengendalian kuiz pencegahan dadah tersebut terpulangkah kepada pihak sekolah yang akan menganjurkan.

UJIAN URIN
Program ujian urin akan dilaksanakan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat denagn dadah dengan kerjasama pihak pegawai pendidikan daerah petaling.

PAPAN TANDA ANTI DADAH DI SEKOLAH
Papan tanda anti dadah didirikan di tempat strategik di kawasan sekolah untuk mendorongkan semua pelajar serta masyarakat umum menceburi aktiviti sihat di masa lapang mereka.

CERAMAH DAN PAMERAN ANTI DADAH
Program pendidikan pencegahan dadah diadakan sempena ambang kemerdekaan.
Pelajar-pelajar akan menyaksikan pameran anti dadah secara bergilir-gilir mengikut kelas. Semasa pameran anti dadah, risalah/ poster juga akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan guru-guru yang akan mengiringi mereka. Tayangan video anti dadah juga akan diadakan sepanjang pameran diadakan.

IKRAR ANTI DADAH
Bahawasanya kami, pelajat-pelajar, berikrar untuk memerangi najis dadah pada setiap masa dengan :-
A) Memajukan diri serta menentang tabiat menggunakan dadah.
B) Mewujudkan keluarga yang bahagian tanpa dadah
C) Mencegah pengedaran dadah di dalam masyarakat
D) Menerapkan usaha-usaha bagi membebaskan negara ini daripada ancaman dadah.

LARIAN ANTI DADAH
Larian anti dadah akan diadakan dengan kerjasama penolong kanan kokurikulum.

PROGRAM LIMA MINIT ANTI DADAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang melaksanakan program lima minit anti dadah semasa perhimpunan rasmi hari Isnin.
Program lima minit anti dadah adalah seperti garis panduan aktiviti yang biasa dilaksanakan di sekolah.

LUKISAN POSTER ANTI DADAH
SMKTTDI mengadakan pertandingan anti dadah di antara tingkatan pada setiap tahun.