Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke arah sekolah bertaraf dunia.
OBJEKTIF
1. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2. Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3. Memastikan 100% murid sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.
4. Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan tanpa teguran audit sekolah.
MATLAMAT
1. Memantapkan kecemerlangan sekolah agar memperoleh Tawaran Baru ( Bai’ah ) setiap tahun.
2. Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster Kecenerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang Tahun 2014.
3. Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7 menjelang 2014 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali sekolah yang baru dibuka.
4. Sifar sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat Audit Berteguran menjelang tahun 2014.
5. Memastikan semua sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang Tahun 2015.
PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01 : Pengurusan Panitia
PK02 : Pengurusan Jadual Waktu
PK03 : Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04 : Pengurusan Pencerapan
PK05 : Pengurusan Peperiksaan
PK06 : Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07 : Pengurusan Mesyuarat
PK08 : Pengurusan Aduan Pelanggan
PK09 : Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
PK10 : Pengurusan Perkembangan Staf
PK11 : Pengurusan Perolehan dan Pembelian
PK12 : Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod
PK13 : Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
PK14 : Pengurusan Audit Dalaman
PK15 : Pengurusan Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Perkhidmatan
PK16 : Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17 : Kajian Semula Pengurusan
Salam, dimana sayaboleh dapatkan keputusan peperiksaan bagi anak saya?
Salam sejahtera,
Puan boleh melayari laman web
http://sapsnkra1.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Saps Ibu bapa ini hanya untuk tahu keputusan peperiksaan sahaja? Kedudukan nama murid-murid mengikut prestasi keputusan peperiksaan dalam kelas tidak ditunjukkan?
Assalamualaikum Puan,
Saya ingin bertanya berkenaan pendaftaran kemasukan bagi pelajar tingkatan 1 tahun 2018.
Apakah prosedur yang perlu diambil?
Adakah saya perlu hadir ke sekolah pihak puan atau boleh mendaftar melalui dalam talian ?
sekian terima kasih
Salam,
Is this school is a regular school or a boarding school?
Salam.
This school is ordinary public school.
Di mana dan bila saya boleh memulangkan buku2 teks sekolah di smkttdi? Anak saya tidak berada di sini dan kami akan bagi pihaknya. Anak saya berada di tingkatan 5 pada 2016.