Program ‘Zero to Hero’ merupakan salah satu program utama di bawah perancangan strategik transformasi SMK TTDI yang dirancang dan dibuat bermula pada tahun ini. Program ini mempunyai beberapa objektif:

  1. Memberi pendedahan kerjaya kepada para pelajar.
  2. Membuat penekanan betapa pentingnya para pelajar harus menanam hasrat dan mempunyai cita-cita untuk berjaya di masa hadapan.
  3. Membimbing pelajar mengenai keperluan kemahiran yang perlu dan penting di alam kerjaya di masa hadapan seperti kepimpinan, berkomunikasi, berfikiran kratif dan sebagainya.
  4. Memberi suntikan semangat kepada pelajar agar terus cemerlang dalam apa jua perkara yang dilakukan.
  5. Mendekatkan lagi bekas-bekas pelajar sekolah SMKTTDI untuk memberi sumbangan tenaga dan kemahiran masing-masing ke sekolah.

Program ini merupakan program usaha sama antara pihak sekolah alumni dan PIBG. PIBG telah menyusun dan membuat koordinasi antara pihak sekolah dan alumni. Pihak PIBG juga menjadi sebahagian daripada pasukan fasilitator untuk bersama para pelajar. Dua buah program yang telah dijalankan iaitu pada 20hb Jun dan 20hb Ogos 2014.

HKS_Alumni2

IMG_00000792 IMG-20140620-WA008 IMG-20140620-WA024 IMG-20140621-WA046 IMG-20140621-WA047 IMG-20140822-WA012 IMG-20140822-WA015 IMG-20140822-WA023