Lokasi: Hospital UiTM, Sungai Buloh

Tarikh: 26hb Jun 2014

Masa   : 7pagi – 2.30petang

Program ‘Sehari Bersama Heart Team UiTM’ merupakan salah satu program utama di bawah perancangan strategik transformasi SMK TTDI yang dirancang dan dibuat bermula pada tahun ini. Program ini mempunyai beberapa objektif:

  1. Memberi pendedahan secara langsung kerjaya perubatan kepada para pelajar yang benar-benar berminat dan bercita-cita menjadi seorang doktor.
  2. Membuat penekanan betapa pentingnya para pelajar harus menanam hasrat dan mempunyai cita-cita untuk berjaya di masa hadapan.
  3. Membimbing pelajar mengenai keperluan kemahiran yang perlu dan penting di alam kerjaya di masa hadapan seperti kepimpinan, berkomunikasi, berfikiran kratif dan sebagainya.
  4. Memberi suntikan semangat kepada pelajar agar terus cemerlang dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Program berkonsepkan ala ‘Teenzania’ ini telah dianjurkan dengan jayanya pada 24hb Jun 2014. Ia merupakan program usaha-sama antara pihak PIBG dan Fakulti Perubatan UiTM khususnya dari Pusat Kardiovaskulur dan Torasik (CTC). PIBG telah menyusun dan membuat koordinasi antara pihak sekolah dan Fakulti Perubatan UiTM. Terima ksih diucapkan kepada Dr Mafeitzeral bin Mamat, Pakar Anaestheology dan Dr Adli Azam bin Mohammad Radzi, Pakar Bedah Jantung yang telah bersama membimbing dan menasihati pelajar pada hari tersebut.

Program ini telah dibuka khusus kepada pelajar Tingkatan 5 (aliran Sains). Pemilihan dilakukan melalui satu pertandingan karangan 150 perkataan yang bertajuk “Kenapa Saya Ingin Menjadi Doktor”. Pemilihan melalui karangan ini dapat membantu para panel pemilih (terdiri dari PIBG dan doktor pakar) menyaring 6 pelajar yang benar-benar mempunyai keinginan dan kecenderungan terhadap bidang perubatan. Sebanyak 17 karangan yang telah diterima dan pelajar-pelajar dibawah yang telah berjaya dipilih:

  • Ahmad  Fareez – 5 Beta
  • Nor Azizah Bt Ayub – 5 Beta
  • Nur Nabilah Bt Mahmad Hasmi – 5 Beta
  • Mohamad Shafeeq Bin Mohd Ismail – 5 Alfa
  • Wan Rosdy Bin Wan Rossly – 5 Sigma
  • Nurul Atikah Bt Rajmi – 5 Gama

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Tahniah juga kepada pihak sekolah kerana telah memberi masa dan ruang bagi kami menjayakan program yang sangat mantap, berilmiah, padat dengan pendedahan menarik dan menepati dengan keperluan pelajar SMKTTDI.

Pelajar yang terpilih bergambar bersama Pengetua, Pn Majidah.

Pelajar yang terpilih bergambar bersama Pengetua, Pn Majidah.

Taklimat awal mengenai bidang perubatan.

Taklimat awal mengenai bidang perubatan.

IMG_00000882

Bersedia sebelum memsauki bilik bedah.

Bersedia sebelum memsauki dewan bedah.

Bersama pasukan pakar bedah jantung di bilik bedah utama.

Bersama pasukan pakar bedah jantung di dewan bedah utama.

IMG_00000895 IMG_00000900

Penyediaan dan pembentangan laporan "self reflection" lawatan program.

Penyediaan dan pembentangan laporan “self reflection” lawatan program.

Bergambar bersama Dr Mafeitzeral di akhir program.

Bergambar bersama Dr Mafeitzeral di akhir program.