OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Majlis Restu bagi pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan PT3 pada hari Isnin depan telah diadakan. Program ini dilaksanakan agar pelajar dapat ilmu yang berkat serta pemberian alat tulis oleh PIBG SMKTTDI dan ‘pencel case’ oleh Dr. Raj.

Majlis Restu Ilmu ini mampu menjadi kekuatan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan dari pihak sekolah dan PIBG.

Antara objektif program:-
* Memohon keberkatan untuk murid-murid atau calon-calon PT3 dalam menghadapi peperiksaan.
* Menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar.
* Membina kematangan berfikir, bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah memberi ilmu.
* Membina hubungan erat antara murid,guru dan ibu bapa, seterusnya memberi kelapangan dada kepada murid dalam menghadapi PT3.
Matlamat program supaya murid dapat menyediakan diri dari segi fizikal dan mental menerusi dorongan dan galakan daripada ibu bapa dan guru.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PT3 2014!!!

SMKTTDI WORLD!!!!!!!!