MESEJ DARI PENGETUA :

Semua aktiviti sekolah ditangguhkan sehingga 31 March 2020. Harap Maklum.

Pn Siti Nora, [17 Mar 2020 at 5:52:47 PM]:

*Taklimat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan pada 17 Mac 2020 di Bilik Mesyuarat Kemboja jam 2.30 ptg.*

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia termasuk penjawat awam bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Perintah ini bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik Covid-19. 

*Perlu difahami bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, penjawat awam menjalankan tugas dari rumah dan bukannya bercuti.*

Sehubungan dengan itu, semua penjawat awam diarahkan supaya mematuhi perkara-perlara berikut :

1. Penjawat Awam dibenarkan untuk bekerja dari rumah. Bagi tujuan ini, penjawat awam dibenarkan untuk membawa pulang dokumen (bukan SULIT dan RAHSIA) dan aset seperti laptop (mematuhi prosedur yang ditetapkan).

2. Percutian domestik atau percutian  ke luar negara adalah dilarang sama sekali.

3. Jika terdapat penjawat awam yang sedang bercuti di luar negara, mereke perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika bergejala terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

4. Semua mesyuarat/bengkel/kursus atau lain-lain perlulah ditangguhkan dengan serta merta. Sekiranya berkeperluan tinggi, mesyuarat atas talian amat digalakkan contohnya dengan menggunakan _Skype for Business._

5. Dalam tempoh ini semua penjawat awam mestilah berada dalam rumah. Sekiranya ditahan oleh pihak berkuasa, akan dikenakan tindakan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

6. Penjawat awam  perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan sekiranya perlu melaksanakan tugasan penting di pejabat. 

7. Semua peperiksaan hendaklah ditangguhkan serta merta.

8. Penempatan guru baharu hanya dibenarkan selepas 31 Mac 2020.

9. Murid di asrama akan memulakan sesi persekolahan mestilah selepas 31 Mac atau tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

10. Hanya Ketua Keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan asas seperti makanan, mendapatkan perkhidmatan rawatan dan sebagainya.

11. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting  negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

12. Hanya urusan yang melibatkan *keselamatan* (yang memerlukan pengawalan bangunan/ aset) dan *kewangan* yang memerlukan penyelesaian segera dibenarkan untuk hadir ke pejabat. Senarai pegawai dan AKP yang terlibat perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai Pengawal atau pegawai yang diturunkan kuasa di jabatan masing-masing.

13. Semua penjawat awam mesti berada di rumah sebelum pukul 12.00 malam pada hari ini, 17 Mac 2020 bagi mematuhi arahan kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan.

14. Bilik Gerakan di Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diaktifkan dan pegawai BPSH yang terlibat akan bertugas  di bilik gerakan tersebut mengikut jadual yang akan ditetapkan.

15. Bilik Gerakan COVID-19 BPSH akan ditangguhkan sementara waktu sehingga pemakluman selanjutnya.

16. Jika ada kes kecemasan atau kematian keluarga terdekat, penjawat awam dibenarkan untuk mengurus hal kecemasan atau kematian berkenaan  tanpa mengadakan majlis tahlil atau seumpamanya.

17. Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan boleh diajukan kepada Pusat Urusan Operasi Negara di talian hotline 03 8888 2010.

Harap kita semua patuh perkara di atas.